KE-TIDAK-PUAS-AN HATI


Hai abang, mari sini duduk sembang sama-sama luah apa yang tak kena yang jadi bangkai dihati tu. Aku kata kemari tapi kenapa kau makin manjauhi. Apa busuk sangat ke kami ni? Hai abang, kalau tak mahu duduk sekali mari sini cuba kau sarung ini kasut, cuba kau berjalan dan cuba kau rasa apa yang aku rasa. Menarik bukan? Hebat rasanya dapat duduk sekasut ataupun setapak dengan aku. Bagitahu aku apa kau rasa bila kau sarung kasut aku? Rasa hebat bila semua orang mula menjauhi kau. Rasa bangga bila semua orang duduk pukul canang fasal kehidupan kau? Rasa macam kau ni artis yang famous sampai semua orang takut nak kawan dengan kau. 
Silap aku jumpa manusia sebusuk engkau. Mungkin kau tak akan pernah faham apa yang aku rasa sebab kau manusia yang egoist. Kau dengan kehidupan kau yang pada kau mungkin nampak hebat tapi bukan pada pandangan aku. Apa yang aku lihat dan mampu aku terjemahkan adalah kosong. Kau tiada nilai pada aku sebab hadirnya kau tidak memberi impak dalam kehidupan aku dan aku tak perlukan kawan atas manusia macam kau untuk ada dalam sebahagian catatan harian aku.
Ohya, aku mahu pesan pada kau dan mungkin pada “buah hati” yang kau agung serta sanjung tu. Ada mulut tolong jaga, Allah kasi bukan untuk kau perjudikan cerita kehidupan orang lain pada satu sama lain. Kalau ye pun tiada cerita untuk dikongsikan bersama, tak salah rasanya kalau korang berdua berbincang tentang perkara yang berilmiah ilmu dapat pahala pun dapat daripada kau duduk bercerita fasal aku atau pun dia. Cerita yang mungkin akan jadi kudis pada seketul daging yang kau ada.
Intihanya, aku juga mahu pesan bukan kau seorang yang punya hati. Aku juga manusia biasa sama seperti kau dan dia. Aku diam sebab aku mampu bersabar, Tapi aku takut lama-lama sabar aku makin hilang dek perangai kau yang menjengkelkan tu. Kalau itu berlaku jangan kau salahkan aku atas perbuatan aku kerana semua ini berpunca dan bertunas dari kau. Kau yang mulakan permainan ni and apa kata kau cuba tamatkan permainan ni dengan baik. Selesaikan dan kembali kepada asal, kalau kau tak mahu serapat dan seakrab dulu aku tiada  masalah cuma bagi aku biarlah tali persaudaraan dan silaturrahim antara kita itu masih ada.